Quantcast
Channel: .:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. » sakit
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Tok Cek Tenat

$
0
0

Last week, aku dan Arisha tumpang KakJa dengan Abang Mezah balik kampung (Jengka 8). Abang Ash tinggal di Shah Alam. Balik kampung sebab hendak tengok Tok Cek. Sehari sebelum tuh, Pok Su ada call cakap Tok Cek sudah tenat. :(

Balik ke Jengka dari Port Klang (rumah KakJa) pada waktu tengahari hari Isnin. Papa dan Ash tak balik. Sampai Jengka Jam 2 @ 3 petang.

Tok Cek terbaring di atas tilam. Kaku. Mak Su cakap, Tok Cek sudah teruk. Kalau minggu2 lepas, dia boleh bergerak ke sana sini, duduk atas kerusi roda, jalan-jalan dekat tongkat dan paling penting boleh cakap dan boleh makan minum.  Sekarang.. kaku. Hendak cakap tapi suara tidak keluar. Minum tidak, makan tidak. Air mata asyik mengalir saja. Kita pun sama…

Jiran tetangga tidak putus datang melawat Tok Cek. Kekadang tengah lewat malam pun ada orang datang.

Walaupun macam itu, Tok Cek still kenal aku. Bila ditanya kenal tak? Angguk saja. Mulut macam hendak bercakap tapi….hmm. Kekadang Tok Cek terbatuk-batuk… tapi tak lepas. Berkahak. Tercunggap2. Kalau hendak ikutkan Pok Su, memang nak panggil ambulance, bawa ke hospital tapi ada yang tak nak.

Ada yang kata, “tak payahlah bawa.. kesian. Kalau di sana, dipisah2, dirodok lehernya”.

“Biarlah. Tok Cek ni dah teruk.. kalau dekat sana.. kena tahan punya.”

” Tok Cek ni tidak boleh bernafas, kahak banyak nih, kalau bawa ke hospital… diorang sedut kahak tuh. Pastu Tok Cek oklah.”

“Dia dah teruk.. tak sihat benar ni. Biarlah kita tunggu saja”.

Tunggu apa? tunggu sampai ajal? sabar sajalah. Pada aku baik bawa ke hospital. At least diorang tahu hendak buat apa untuk…. selamat Tok Cek. Itu yang penting. Tapi aku heran.. jiran2 yang datang kata biarlah. Sudah sampai masa hendak pergi. MANALAH KITA TAHU MASANYA PERGI!!!!!!! HANYA YANG MAHA ESA SAJA YANG TAHU!!!!!! KITA LAKUKAN LAH SEDAYA UPAYA SELAGI BOLEH BERUSAHA!!!! DON’T GIVE UP!!!!


KESIAN TOK CEK. Aku taknak nanti, disebabkan kita tidak bawa ke hospital…. sapa yang salah??? aku taknak rasa bersalah if…

Pok Su cuba keluarkan kahak Tok Cek dengan mengiringkan badan. Semuanya bergantung kepada Tok Cek. Kalau Tok Cek boleh tolak dengan lidah… kahak keluar. Tok Cek kembali bernafas macam biasa.

Titik.

Adik5bulan4

Ada pic Adik saja. Tak masa nak ambil pic orang sakit… hmm takkan nak ambil kot :P

* Sekarang sudah seminggu Tok Cek dekat Hospital Temerloh. Harap balik raya Haji pada hari Sabtu ini, sempat tengok Tok Cek di Hospital. Maklumlah balik pun balik hari saja. :(

*Semoga Tok Cek cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T ni. Mungkin ada hikmat buatnya dan hikmah kepada Mok Mek juga.

* Semoga aku menjadi Isteri yang sentiasa TAAT kepada SUAMIKU tidak kira dalam keadaan sihat atau sakitnya Ya Allah. Aminn

Titik (buat kali kedua!)

Anda Mungkin Meminati:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Latest Images